Text Size
Please update your Flash Player to view content.

Kursus Pengamal Asas NLP/NS Bersijil (NFNLP/ISNS,USA)

PDFPrintE-mail

Pengenalan:

 Jika anda ingin sesuatu dan benar-benar mahu mendapatkannya, NLP adalah caranya".

Ini adalah program asas pengamalan yang melayakkan peserta bergelar "Certified Basic NLP Practitioner". Pensijilan yang diberikan dibawah naungan National Federation of Neuro-Linguistic Programming (NFNLP,USA). NFNLP adalah salah satu dari organisasi yang mempromosikan NLP. Pengasasnya ialah Dr. William Horton. Sila layari lawan web www.nfnlp.com untuk maklumat lanjut.

NLP adalah mengenai kajian dan pencontohan (modelling) kecemerlangan manusia. Ianya satu kajian terhadap pengalaman individu seseorang secara mendalam. Setiap kejayaan cemerlang meninggalkan tapaknya seperti kata Richard Bandler pelopor NLP yang tersohor.

 

Objektif Kursus:

1. Memahami bagaimana setiap manusia membentuk kecemerlangan dari informasi yang diproses.

2. Membolehkan anda membentuk matlamat unggul dan menunjuk cara bagaimana anda boleh mendapatkan apa sahaja yang anda ingin melalui teknik-teknik garismasa dan logikal level.

3. Menunjuk cara bagaimana anda boleh menyelesaikan konflik dalaman diri dengan mudah.

4. Menjelaskan dengan terperinci hampir 40 alat dari 'toolbox' NLP untuk membawa perubahana kekal kepada minda anda.

5. Mengetahui apakah jenis bahasa yang paling berpengaruh dan berkesan apabila anda berkomunikasi dengan seseorang.

6. Membolehkan anda untuk mengubah dan meletakkan diri dalam keadaan yang diingini pada setiap masa supaya emosi dan keadaan mental anda benar-benar berupaya membantu anda mencapai apa yang anda ingini.

NLP adalah satu kursus yang disifatkan sebagai “art and science of personal success”. Kursus ini membolehkan peserta memahami kaedah-kaedah NLP (Neuro-Linguistic Programming) dengan mendalam yang membolehkan mereka mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Cara pembelajaran melalui teknik “accelerated learning” membolehkan peserta menghayatinya dengan cepat dan berkesan.

 

Kandungan Kursus:

Sejarah perkembangan NLP, Tonggak-tonggak NLP, Sistem Representasi, Kue Akses mata, Ketajaman Deria, Corak-corak NLP seperti Bulatan Kecemeralngan, Rawatan Fobia Pantas, “Swish”, “Visual Squash”, Garis masa (Timeline), Peringkat Logikal, dll.

Jangkamasa :

Format A - 6 hari berterusan

Pensijilan:

Pensijilan dikeluarkan oleh National Federation of Neuro-Linguistics Psychology (NFNLP) USA.

 

Penyertaan:

CEO, Pengarah, Pengurus, Ahli Psikologi & Kaunselor, Ahli Terapi, “Trainer”, Peguam, Eksekutif, Jurujual, Guru, Pelajar, Suri Rumah Tangga.

 

Fasilitator :

Hj. Md. Taib bin Mat


Brosur Program

atau

Pendaftaran Dalam Talian(NFNLP,USA)

Pendaftaran Dalam Talian(ISNS,USA)