Text Size
Please update your Flash Player to view content.

Buku NLP: Rahsia Sains & Seni Kejayaan Diri

PDFPrintE-mail


Amat menarik sekali membaca sebuah buku yang menyorot dimensi baru. Buku ini tergolong dalam buku yang jarang ditemui dalam Bahasa Melayu. Judulnya yang agak pelik sahaja sudah membuatkan rasa ingin tahu kita berputik. Buku “NLP: Rahsia Sains dan Seni Kejayaan Diri” adalah sebuah buku yang mengenai otak dan minda dalam komunikasi dan pencapaian manusia.

 

NLP yang akronimnya bermaksud “Neuro-Linguistic Programming” adalah mengenai kecemerlangan dan pengalaman sukjektif yang dilalui oleh setia insan. Ianya juga dikatakan sebagai manual pengguna bagi otak iaitu bagaiaman minda kita berfungsi. Sekalipun telah mula diperkenalkan lebih dari 30 tahun yang lampau di California namun penggunaannya di Malaysia baru mula berkembang pesat sejak akhir-akhir ini.

 

 

 

Buku ini menunjuk cara bagaimana kita boleh menjana, membina dan mencapai sesuatu matlamat dengan lebih mudah melalui penggunaan minda sedar dan minda separuh sedar. Kaedah-kaedah komunikasi yang berpengaruh melalui pembinaan ‘rapport’, penggunaan bahasa minda dan  pembinaan peta minda diterangkan dengan mendalam. Corak-corak yang terkenal dalam NLP untuk perubahan dan transformasi diri serta terapi dimuatkan bagi pengamal NLP menggunakannya.

 

Buku ini adalah sebuah buku bukan untuk bacaan riadah tetapi sebuah buku amalan yang mengandungi resipi kejayaan terbukti. Ianya berteraskan semangat serta sikap  ‘Lakukan sahaja’ atau ‘Just Do It’. Melakukannya bererti anda tidak dapat mengelak dari mengubah diri anda kepada sesuatu yang menakjubkan seperti yang diperakui oleh ramai pengamal NLP.

 

Penulisnya, Hj Md. Taib bin Mat, adalah seorang ‘Certified NLP Trainer’, ‘Certified Master NLP Practitioner’ dan ‘NLP-NS & Timeline Practitioner’. Beliau juga adalah seorang ‘Certified Meta Coach’ dan ‘Certified Hypnotherapist’. Beliau mempunyai pengalaman kerja lebih dari 30 tahun dalam pengurusan perladangan, pemasaran dan jualan, teknologi maklmuat, keusahawanan dan pembangunan insan. Ribuan orang telah menyertai programnya.

 

Oleh itu buku ini sudah semestinya ditulis dari perspektif seorang pengamal NLP yang mempunyai berbagai latar belakang yang luas. Buku ini adalah sebuah buku ‘applied’ bukan teori sama seperti buku terdahulu yang ditulisnya iaitu “Anda Berhak Hebat’. Bagi Hj Md. Taib buku ini merupakan impiannya yang menjadi kenyataan. Beliau ingin melihat NLP dalam Bahasa Melayu berkembang diMalaysia. Beliau adalah jurulatih NLP pertama yang mengandalikan program NLP diMalaysia dalam Bahasa Melayu.

 

 

Buku ini sudah berada di pasaran dan boleh didapati di kedai buku MPH, Borders atau terus berhubung dengan kami di 03-55134462 atau 03-55134588 untuk  penempahan. RM40.00 termasuk kos penghantaran.