Beliau adalah Principal Trainer & Executive Coach. Hj Md Taib merupakan seorang "Certified NLP Master Trainer (NFNLP,USA); Certified Meta Coach (ISNS,USA); Certified LAB Profile Trainer / Consultant (SS,Can); Certified Hypnotherapy Master Trainer (IACT, USA), Certified NLP Master Practitioner (NFNLP) . dan Certified Hypnotherapist (IACT).
Mempunyai pengalaman kerja lebih dari 30 tahun termasuk bidang latihan. Beliau adalah individu pertama yang memulakan program NLP dalam Bahasa Melayu diMalaysia. Ribuan individu telah bermanfaat dari kursus dan program latihan yang dijalankannya di Malaysia and Brunei dalam bidang prestasi tinggi, dinamika pasukan, “NLP Certification Programmes”, komunikasi berimpak tinggi, pengurusan masa dan mengendali tekanan, "power selling" & team building.
Beliau juga mempunyai pelbagai pengalaman kerja dalam keusahawanan IT, pengurusan perladangan, dan pemasaran. Dia mempunyai kemahiran khusus dalam psikologi dan komunikasi. Beliau mempunyai ijazah sarjana MBA (Perniagaan Antarabangsa), BSc Agricbusiness Economics, dan Diploma Sains Pertanian. Beliau telah banyak mengikuti program pembangunan diri dibawah kendalian pakar motivasi terkenal dunia seperti Anthony Robbins (Date With Destiny, Wealth Mastery, Unleash Power Within), Dr. Michael Hall (Meta Coaching), Shelle Rose Charvet (LAB Profile), Dr William Horton (Certfied NLP Trainer, Certified NLP Master Practitioner – NFNLP), Dr. George Bein (Certfied Hypnotherapist - IACT), Thomas Crane (Heart of Coaching), Blaire Singer (Powerful Presentation), John Canary (Power Selling), Jack Trout (Strategic Marketing), Robert Allen (Millionaire Matrix), Andrew Bryant (NLP-NS Certified Practitioner), Kurek Ashley (Personal Mastery).
Peserta dari berbagai organisasi kerajaan dan swasta menyertai programnya termasuklah: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Bank Rakyat, KWSP, Jabatan Pengangkutan Jalan, LHDN, Maktab Kanan Polis Diraja Malaysia, TNB, Royal Army Engineers, CIMA, Kementerian Sumber Manusia, TLDM, Kor Jurutera Di Raja ATM, Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Dalam Negeri, INTAN, Hopital Tuanku Jaafar, MAS, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, SIT International College, UM, UPM, UTM, UMP, UUM, UKM, UiTM, UIAM, UDM, UMK, USIM, UNIMAS, UniKL, Univ ersiti Malaysia Sabah, Yayasan Basmi Kemiskinan Brunei Armed Forces, Baitulmal Sarawak, , Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia, NPC, MBSA, Tabung Amanah Islam Brunei, SOAS Collge Brunei, Jabatan Pelajaran Brunei, Akademi Percukaian LHDN, Institut Pengurusan Kesihatan Malaysia, Pusat Latihan PBT Selangor, dll
Beliau adalah fasilitator dan trainer untuk PLUS Expressways Berhad bagi program 'Mermperkasa Jati Diri 3S Dengan NLP' yang dihadiri oleh hampir 2,700 warga kerja mereka. Program motivasi terbesar yang pernah beliau kendalikan dihadiri lebih dari 1,200 pelajar sekolah menengah di Auditorium MBSA Shah Alam.
Beliau adalah penulis buku "Anda Berhak Hebat" dan buku pengamalan NLP pertama dalam Bahasa Melayu "NLP: Sains Dan Seni Kejayaan Diri".





















