Ustaz Long bin Kechik berkhidmat sebagai Eksekutif Kanan Hal Ehwal Islam, Tenaga Nasional Berhad (TNB). Beliau mempunyai latar belakang agama dan kerohanian yang mendalam semasa sepanjang khidmat dalam TNB, UNITEN, dan ILSAS. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam latihan serta pembangunan insan dan terlibat dalam motivasi dan pembangunan diri, kaunseling, kualiti (5S dan QCS-IT: 7 Alatan & Teknik).
Dia adalah panel penceramah kepada JASA, JAWI, dan Program Islam hadari JPM dan banyak terlibat dalam program-program latihan kerohanian dan kepimpinan. Beliau mempunyai kelulusan sajana dalam bidang Pengajian Peradaban (UM), Sarjana Agama dalam bidang Usuluddin dengan pengkhususan dalam bidang Tafsir dan Hadis dari Indonesia.
