Akademi NLP Malaysia

Akademi NLP Malaysia

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default color
  • black color

Selamat Datang ke Laman Web Akademi NLP Malaysia

Saat ini menentukan destini anda. Menemukan anda dengan laman web ini adalah satu langkah ke dimensi baru dalam kehidupan anda. Kehidupan yang dapat dipacu ke mercu oleh NLP.

Neuro-Linguistic Programming (NLP) adalah satu teknologi kejayaan diri yang mengagumkan. Pendekatan secara total merangkumi kaedah sains dan seni yang telah terbukti keberkesanannya sejak mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1970'an. Ada yang menyifatkannya sebagai alat minda yang paling hebat diplanet ini.

Akademi NLP Malaysia (ANM) adalah peneraju utama dalam mempromosikan penggunaan NLP kepada masyarakat Malaysia. ANM akan berusaha untuk menganjur dan mengendali program-program berasaskan NLP yang dapat memanfaatkan individu dan organisasi.

 

Selamat Mengembara ke Dimensi Minda.

 

Program Akan Datang



Program "Certified NLP Basic Practitioner"

01 hingga 06 March 2010 (6 Hari)

Hotel Residence @ UNITEN

Bangi 

-----------------

Program Pengenalan NLP

Program Hujung Minggu 

Bhg 1 : 12 & 3 April 2010 (2 Hari)

Hotel Residence @ UNITEN

Bangi 

-----------------

Program "Basic LAB Profile Practitioner"  

10hb - 13hb Februari 2010(3 Hari)

Hotel Residence @ UNITEN

Bangi 

-----------------

Program "Certified NLP Master Practitioner"

Bhg 1: 13hb - 16hb March 2010

Bhg 2: 27hb - 30 March 2010

Hotel Residence @ UNITEN

Bangi 

-----------------



Kerangkaan Semula

E-mail Print
Seorang rakan jurulatih NLP diKL,  Dr Ian Halsall, berkata kepada saya bahawa salah satu kaedah NLP yang padanya amat berkuasa serta berpengaruh ialah “Kerangkaan atau Merangkakan Semula”. Dalam terminologi NLP ianya dikenali sebagai “Framing” dan “Re-framing”.
 
Setelah memikir beberapa waktu saya agak bersetuju dengan pendapatnya. Sebagai seorang manusia kehidupan kita sentiasa membuat berbagai kerangka atau ‘frame’ setiap masa. Kerangka ini sentiasa dinamik dan berubah-ubah mengikut apa yang dicetuskan oleh fikiran kita.
 
Kita didorong kerangka demi kerangka yang bermain didalam minda kita. Kerangka yang dibentuk dan diberi makna kemudiannya memandu perlakuan kita. Ini membuatkan ada pengkaji NLP mengatakan. “manusia itu adalah makhluk yang dipenuhi kerangka”.
 
Lihatlah pada sekeping gambar. Yang berbingkai dan tidak berbingkai. Bentuk bingkai yang berbeza. Semuanya akan menjadikan gambar itu nampak berbeza.
 
Satu contoh yang masih segar diminda saya adalah satu kisah yang diperikan oleh Dr. Stephen Covey dalam buku bestsellernya “7 Habits of highly Effective People” dimana seorang bapa seang duduk bermenung jauh dalam sebuah keretapi sedangkan anak-anaknya lari berkeliaran dalam gerabak. Ini mengganggu keselesaan sesetengah penumpang lalu menegur bapa tersebut tentang perangai anak-anaknya. Sibapa yang bermenung muram menjawab, “mereka baru sahaja kehilangan ibunya yang meninggal dihospital akibat sakit”. Serta merta ianya membuatkan penumpang merasa simpati pada kanak-kanak tersebut kerana mereka dapat rasakan apa yang sedang dihadapi oleh keluarga tersebut.
 
Dapatkah anda bayangkan kerangkaan semula yang berlaku disini. Dari perasaan marah dan gelisah penumpang keretapi ianya bertukar kepada perasaan simpati dan ehsan. Ianya menukarkan sudut pandangan serta merta.
 
Satu contoh yang mudah lain ialah katakan anda sedang menunggu teman lelaki anda. Sudah lebih dari setengah jam anda tunggu tapi dia masih belum menjelma. Anda rasa geram dan marah. Sewaktu anda membuat keputusan untuk beredar dari situ setelah hampir sejam menunggu dia muncul dalam pakaian koyak rabak dan kesan luka dilutut dan tangannya. Dia beritahu anda dia menemui kemalangan motosikal. Apakah perasaan anda sekarang? Masih marahkah? Atau sudah menjadi kasihankah? “Frame” anda bertukar dalam sekelip mata.
 
Dimasa-masa hadapan apabila anda sedang menghadapi sesuatu yang sukar cuba alihkan pandangan semula. Cubalah kerangkakan semula apa yang anda sedang hadapi. Dan pastinya anda akan mendapat satu perspektif baru mengenai perkara tersebut.
 

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Pejabat : 03-55134588 / 0355134462

Fakrul : 019-2508799

Fitri : 019-3754403 

Login Pengguna



Apa Kata Peserta?

"Tn.Hj mengajar from his heart and experience, Two thumbs up!!."


 Mazrie Mahat
IT Consultants
Shell IT International Sdn Bhd



"Tn.Hj mengajar from his heart and experience, Two thumbs up!!."


 Mazrie Mahat
IT Consultants
Shell IT International Sdn Bhd



"Very significant courge for me"


En.Abu Hassan b Mohd Isa
Pengarah
Jabatan Alam Sekitar N.Perak



I throughly enjoyed the course. Thanks to Tn.Hj.Taib who is excellent. The best course i have ever attended!!! Syabas Tn.Hj.Taib.
Kapten Mohamed Azharuddin Osman
Flight Operations Depatment
Malaysia Airlines


Berkesan mengubah kehidupan saya dan keluarga kepada yang lebih baik. Sangat bagus dan setiap individu mesti mempelajarinya. 
Ibrahim Ujang
Production & Marketing
Alcatel-Lucent (M) Sdn Bhd


Kursus ini membolehkan kita memahami diri sendiri dan orang lain dengan lebih mendalam.Kursus ini memberi saya semangat baru.
Rusdiah binti Badruddiin
Akauntan
Hospital Tuanku Ja'afar Seremban


At the end of this course, I do feel really great & energetic. Now i know what I WANT!!!!
Azizul bin Atemin
Drilling Engineer
Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)


Two thumbs up!! Amazing - Fascinating - Superb!!
Faizal Kamal bin Mohamed
Assistant Director, Legal Unit
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)


Good course, tn hj, thanks. Hope to learn from you soon and share my success on your next NLP.
Normah binti Mohd Yassin
Ahli Perniagaan/ Unit trust Agen


Suatu kursus yang mengubah kehidupan saya secara peribadi atau professional dan kini saya memasuki era baru dalam kehidupan saya. TQ
Mohd Fauzi bin Nordin
Managing Director
CS HRM Services


Kursus ini impaknya "moving and awesome" perlu dihadiri oleh orang ramai dalam menguruskan kehidupan seharian.

En.Kamal Amran bin Kamarudin
Pemangku Setiausaha
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan



NLP sangat berguna kepada setiap individu yang ingin memperbaiki kelemahan diri dan kepada mereka yang mengejar kejayaan.
Lokman Fikri bin Hj.Zawawi
Eksekutif
Universiti Kuala Lumpur- UniKL MIMET


Sangat bagus,berjaya membantu saya memantapkan skill dan kemahiran "which can compliment my counselling process".
Nyasrah binti Nawari
Eksekutif (Penasihat Pelajar)
Universiti Kuala Lumpur, City Kampus


Ingin mengaplikasikan kaedah NLP kepada klien saya dan lebih fokus pada matlamat.

Nuriza binti Zakaria
Kaunselor
Institut Pengurusan Kesihatan (IPK)



Excellent!! Berupaya mengawal minda sendiri, membangunkan diri dan membina perhubungan interpersonal.

Siti Mahani binti Muhazir

Pegawai Psikologi
Bahagian Perkhidmatan Psikologi (JPA)


Memberi impak yang mendalam dan dapat menyedarkan diri tentang pentingnya pengurusan mindadan pembangunan diri. Anda menolong diri anda dan ke arah menolong orang lain.
A.Ghafar bin Hasnan
Wacana Wangsa Consulting Sdn Bhd


Impak amat besar kepada keseluruhan cara saya bertindak,berfikir dan memandang kepada kehidupan.Program yang dapat membantu saya mengenali potensi diri dalaman dan luaran. Minda sebenarnya boleh dikuasai untuk mencapai apa jua cita-cita,impian dan kejayaan dalam hidup. Play with your mind.
Ahmad Fuad bin Mat Ali
Programming Executive
ASTRO


Saya akan menggunakan sebanyak mungkin pengetahuan yang saya perolehi dari program ini untuk diprakkan dalam kehidupan seharian saya termasuk rancangan serta impian masa depan - insya Allah.
Shabuddin bin Mun
Penceramah Bebas
Pusat Pendidikan Elit Klang


Saya tahu apa yang saya mahu dalam hidup dan saya tahu cara bagaimana untuk mencapainya. Program ini perlu diperluaskan lagi agar dapat diketahui umum untuk mendapat pelbagai ilmu yang berguna dalam kehidupan.

Khairol Khashimi bin Abd Aziz
Penceramah Bebas
Pusat Motivasi Elit Klang


I'm highly aware about what mind can do for me. Power of mind can allow me in making conscious choices in my life. In NLP there is no teacher, only human being, that just share with each other about power of mind, power of life.

Mohamed Zaidi bin Mahidin
Training Administrator
KMB Educational Services Sdn Bhd


Mengubah minda dan cara perlakuan diri saya sendiri. Sangat baik dan banyak perkara dipelajari dan boleh diamalkan untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Zailani bin Mohd Yunan
Marketing Executive
Aliran Permata Sdn Bhd


Ilmu dan pengetahuan yang amat menarik untuk digunakan.Menarik dan perlu dikembangkan kepada orang lain, kerana untuk menambah soft skill kepada bangsa dan negara.
Muhammad Salleh bin Ahmad Fadzillah
Pengarah Hal Ehwal Pelajar
Universiti Utara malaysia (UUM)


Boleh diaplikasikan untuk apa tujuan sekalipun untuk memperbaiki kualai hidup. Sangat berguna kepada diri sendiri, keluarga dan organisasi.
Faridah binti Borhan
Pengarah Kanan Pembangunan Latihan
Jabatan Latihan khidmat Negara (JLKN)


Sekiranya orang mengetahui "OUTCOME" iaitu hasil dari program ini, pasti ramai yang akan merayu untuk mengikutinya.
Mhd Kasman bin Kasim
Executive Hal Ehwal Mahasiswa
Universiti Kuala Lumpur - UniKL MICET


Kursus ini membuatkan saya melihat balik banyak perkara-perkara mengenai diri yang tidak disedari sebelum ini. Melalui kursus ini saya belajar bahawa perubahan diri boleh dibuat dalam sekelip mata.

Christopher Abas
Pegawai Psikologi
Bahagian Perkhidmatan Psikologi (JPA)



Program yang amat baik dan perlu diperluaskan penggunaannya dalam proses memberi kaunseling kepada pegawai awam dan ahli keluarga saya.

Dr.Aris bin Kasan
Pengarah Bahagian Psikologi
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)


Superb!! Very Good for trainer.

Prof. Madya Wan Zulkifli bin Wan Yusof
Pensyarah
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai



Sangat baik untuk Ketua-Ketua Jabatan. Boleh digunakan dalam mengendalikan mesyuarat pengurusan dan kakitangan bawahan dengan menggunakan teknik-teknik NLP mengikut keperluan.

Razali bin Yaacob
Ketua Penolong Pengarah
Akademi Percukaian Malaysia


Saya lebih memahami diri saya.

Khairil Amir bin Roslly
Ahli Perniagaan
Luxor Network Marketing (MLM)


Unik dari yang pernah di ikuti, boleh digunakan untuk diri dan orang lain. Aplikasi ilmu dan kemahiran sepanjang hidup secara politik.

Hjh.Ramziah binti Ahmad
Matron Nurse
Institut Pengurusan Kesihatan (IPK)


Membantu saya dalam perkhidmatan kaunseling serta dalam bidang penerbangan dan aeroangkasa.
Mahyana binti Mukhtar
Kaunselor
Universiti Kuala Lumpur - UniKL MIAT


Fantastik .

Jesmani bin Yusof
Auditor
Kementerian Sumber Manusia



Menjadi satu "turning point" dalam hidup saya.
Lokman Fikri bin Hj.Zawawi
Eksekutif
Universiti Kuala Lumpur- UniKL MIMET


Berkesan,menarik,penyampaian yang baik, tepat dan mudah difahami. Dapat digunakan ilmu ini untuk pembangunan diri,keluarga dan masyarakat.

Shamsudin bin Mohamed
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Perkhidmatan Psikologi



Improve my ability to provide therapy on others.

Juwairiyah binti Jaafar

Pegawai Psikologi
Bahagian Perkhidmatan Psikologi (JPA)


Sangat baik, menjadikan saya lebih bersemangat dan bertenaga.

Dr.Roslinah binti Ali
Pegawai Perubatan
Institut Pengurusan Kesihatan (IPK)



Good impact – it's great, very information and practical.

A.Ghafar bin Hasnan
Consultant
Wacana Wangsa Consultancy Sdn Bhd



Banyak knowledge & tools yang sangat berguna untuk meningkatkan keyakinan diri dan produktiviti dalam tugas.
Mhd Kasman bin Kasim
Executive Hal Ehwal Mahasiswa
Universiti Kuala Lumpur - UniKL MICET


Sebagai kaunselor di UMP saya merasa sangat teruja dengan pendekatan NLP.Memberi "insight" kerana mendapat "tool" baru yang sangat berkesan.

Ustaz Yunan bin Abdul Samad
Kaunselor
Universiti Malaysia Pahang (UMP)


Sangat berkesan kepada saya sebagai trainer. Ilmu dan contoh tauladannya sangat tepat. Semua jurulatih dan trainer wajib ikut kursus ini untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian dan penerapan pelatih .

Dr. Yahya Ahmad PIS, PhD
Principal Consultant
Anugerah HRM Consultant Sdn. Bhd



Program ini sesuai untuk pengamal kaunseling, terapi & komunikasi. Teruskan.

Oon Siew Fen

Pegawai Psikologi
Bahagian Perkhidmatan Psikologi (JPA)


Perubahan dari dalam diri ke arah yang lebih positif tanpa paksaan dan lebih natural.

Kamariah binti Derasol
Kaunselor
Universiti Putra Malaysia


Menarik dan penting untuk membantu pembangunan diri dan organisasi. Lebih bermotivasi untuk mencemerlangkan diri dan orang lain.
Sharina binti Osman
Eksekutif Kanan
Universiti Kuala Lumpur,City Kampus


Sangat relevant. Kursus yang mesti dihadiri oleh semua trainer.

Mohd Zainuddin bin Mohd Noor
Timbalan Ketua Unit
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)



Powerful, good program & will benefit all.

Chairul Niza bin Abd Rahman
Network & Marketing (MLM Uptrend)
Khairolteam Resources



Menarik dan memuaskan, bersedia melanjutkan kursus ke peringkat master. Banyak membantu saya dalam menggunakan semua potensi terutama dalam pekerjaan saya sebagai Motivator & Kaunselor.

Sadli bin Osman
Kaunselor
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)


Amalkan dalam kehidupan, seterusnya membantu orang yang bermasalah agar beban mereka dapat diringankan. Mendekatkan diri dengan Allah dengan aplikasi NLP.

Tengku Nor Iftah bin Tengku Jamil
Sukarelawan Dakwah
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan



        EXCELLENCE
Praktikal untuk digunakan dalam kehidupan seharian, malah amat menarik, kita pelajari proses-proses dalam minda secara jelas.


Norazimah binti Ibrahim
Kaunselor
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)



Kursus yang lebih mudah difahami kerana ianya praktikal, Semuanya menjurus kepada kejayaan dan bersikap positif.

Hj.Zulkifli bin Hj.Zainal Abidin
Certified Trainer By CITD,UK
Zabha Creative Learning Resource Centre



Yakin akan potensi diri yang telah sedia ada Cuma perlu dikembangkan.

Mohamad bin Aspari
Guru
Sek.Men.Agama Dato' Klana Petra Maamor



Amazing. Saya dapat meneroka matlamat hidup "GOAL" secara lebih spesifik.
Mahyana binti Mukhtar
Kaunselor
Universiti Kuala Lumpur - UniKL MIAT


Saya berasa betapa hebatnya kuasa Allah yang menganugerahkan akal yang begitu hebat kepada manusia.

Mohd. Khairi bin Zainuddin
Pendakwah
Penulis Kamus Arab-Bahasa Malaysia



Banyak mengukuhkan lagi pemahaman saya tentang proses dan "pattern" NLP terutama penggunaannya dalam training. Well Done!

Colonel (Ret) Zamberi Saidin
Certified Professional Trainer
Certified NLP Practitioner



Luarbiasa hebat. Cukup menakjubkan dan baik sekali.

Encik Mohd Pauzi
Pengarah Unit Kaunseling
Universiti Putra Malaysia



Amat menarik,penuh dengan aktiviti kerja bengkel yang membantu kefahaman NLP dengan lebih mudah. Memberikan saya banyak teknik-teknik berkesan dengan cepat untuk mencapai keadaan diri yang berdaya sumber (resourcefull).

En.Mohammad Amin bin Abd Karim
Pengarah Urusan
Encoral Digital Solutions Sdn Bhd



Saya merasakan ilmu NLP ini harus dimiliki oleh semua jurulatih dalam apa jua bidang lebih-lebih lagi yang terlibat dalam sektor awam. Dan penjawat awam yang terlibat dalam bidang kejurulatihan.

En.Rosli bin Mohd Aris
Timbalan Pengarah (Latihan)
SUK Selangor ILPBT



Kandungan kursus pastinya membantu saya mengamalkannya dalam kerjaya saya sebagai Kaunselor dan Terapis bagi mengendalikan masalah dengan lebih praktikal.

En.Norazman bin Amat
Ketua Unit Kaunseling
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan





Cukup Berkesan! Sudah lama dicari baru bertemu, 'Powerful tool to unleash inner power, Hj. Taib have transformed NLP into practicality and application to drive success'.

Dr.Muhammad bin Jantan
Pembimbing Latihan & Kaunseling
Penceramah TV & Radio,Penulis Buku



Kata-Kata Hikmah

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.



 "Penemuan terdiri daripada melihat apa yang semua orang lihat dan berfikir apa yang tiada seorang pun terfikirkannya" - Albert von Szent Gyorgyi

Orang yang tidak tahu bertanya tidak layak untuk hidup - Perumpamaan Cameron

 



Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak..



Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday947
mod_vvisit_counterYesterday705
mod_vvisit_counterThis week3385
mod_vvisit_counterLast week5000
mod_vvisit_counterThis month7265
mod_vvisit_counterLast month5558
mod_vvisit_counterAll days44968

We have: 3 guests online
Your IP: 38.107.191.92
 , 
Today: Mar 09, 2010