Program Akan Datang
|
|
"Keseronokan" vs "Kesakitan" adalah pemandu utama (basic drivers) kepada segala perlakuan manusia. Apa juga yang kita akan lakukan didorongi oleh salah satu dari pemandu utama ini.
Kita boleh berubah (perlakuan kita yang berubah sebenarnya) dalam sekelip mata bila tahap “kesakitan” menjadi tidak tertanggung lagi. Apabila kita didalam kesulitan atau kemiskinan yang amat sangat dan dorongan “kesakitan” sudah sampai dipuncaknya, kesedaran akan membuatkan kita mencari pilihan baru.
Kita akan putuskan satu perlakuan baru yang akan mengubah segalanya. Ramai anak-anak Melayu yang hidup dalam kepayahan diawal kemerdekaan menjadikan model ini untuk berjaya dalam pelajaran dan hidup bagi mengecapi kemewahan hari ini. Ramai pegawai kanan kerajaan dan korporat yang melalui liku-liku ini.
Diantara keduanya, dorongan “kesakitan” lebih berpengaruh dari “keseronokan”. Sebab itulah apabila dorongan diberikan berasaskan “keseronokan” seseorang individu mungkin tidak peduli. Tetapi apbila memikirkan “kesakitan” yang bakal dialami dia akan mencari jalan untuk mengelaknya dengan apa cara sekalipun.
Model 2K (2P) ini adalah baik untuk diintegrasikan dalam sebarang motivasi yang kita jalankan; baik untuk diri atau orang lain. Ianya elok dibuat dengan menggunakan ketajaman deria (sensori acuity) yang kita pelajari dalam program pengamal NLP.
Kebanyakan individu yang berkelakuan negatif tidak terdorong dengan "kesakitan". Mereka melihatnya dari segi "keseronokan". Lihat sahajalah pada penghisap rokok, penagih dadah, Mat Rempit, pengguna jalan raya berbahaya.
Mereka lebih melihat kepada keseronokan hasil daripada kelakuan mereka. Ini menepati dengan salah satu andaian atau "presupposition" utama NLP : "Semua perlakuan manusia adalah berniat positif". Apa juga yang individu itu lakukan mempunyai niat yang positif bagi dirinya.
Sebab itulah kita dapati iklan-iklan seperti keselamatan jalan raya, penggunaan dadah, menghisap rokok dsbnya kurang berkesan kepada mereka yang melakukan amalan ini. Bagaimanakah boleh mereka menghentikan perlakuan atau amalan tersebut sekiranya semua yang dilakukan itu mendatangkan "keseronokan" kepada mereka.
|
|
Apa Kata Peserta?
|