Program Akan Datang
|
|
Bahagian 1
Dua Program Pengamal NLP Asas bersijil yang dianjurkan dalam bulan Februari membuktikan keberkesanan teknik-teknik NLP yang luar biasa terutama Teknik Rawatan Fobia Pantas (Fast Phobia Cure).
Pertama, dalam program dengan pegawai-pegawai kaunseling Bahagian Perkhidmatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, di UNITEN Bangi pada 11hb hingga 16hb Februari 2008. Melibatkan dua orang peserta yang mempunyai masalah fobia / trauma.
Kes 1: Mengalami trauma tidak boleh melihat darah sendiri walaupun sedikit terus naik pitam atau pengsan. Masalah ini telah beliau hadapi selama hampir 40 tahun. Tengok darah bila diambil untuk ujian kesihatan pun boleh menyebabkan pitam. Setelah teknik rawatan fobia dijalankan dalam masa kurang dari 30 minit, masalah ini terus lenyap. Ujian dengan mencucuk jari dan melihat darah sendiri tidak mendatangkan apa-apa kesan negatif lagi.
Kes 2: Seorang peserta menghadapi masalah dengan lipas hampir 20 tahun. Dengar perkataan "lipas" sahaja terus membuatkan dia berasa fobia dan takut. Fisiologi tubuhnya menjadi teruk dan tidak bermaya. Semasa rawatan dijalankan selama hampir 45 minit beliau mengalami cabaran yang teruk. Walau bagaimanapun diakhir rawatan semuanya dapat dihakiskan dan tidak mempunyai masalah tersebut lagi. Keesokkan hari eliau telah diberikan hadiah seekor "lipas" dan tidak menunjukkan sebarang reaksi negatif lagi.
Bahagian 2
Program Pengamal Asas NLP Bersijil terbuka diadakan pada 23hb hingga 28hb Februari 2008 di Quality Hotel Shah Alam. Sekali lagi teknik Rawatan Fobia Pantas menunjukkan keberkesanan yang luar biasa menyelesaikan masalah fobia/ trauma.
Kes 3: Seorang peserta mempunyai masalah dengan "tikus". Beliau tidak boleh menghadapi "tikus". Sebut "tikus" dan gambarannya sahaja menyebabkan beliau menjadi loya dan macam hendak pitam. Pada petang sehari sebelum teknik didemonstrasikan, apabila "trainer" menyatakan mengenai "tikus" menyebabkan beliau menghadapi masalah teruk hingga terpaksa meninggalkan kelas buat seketika untuk menenangkan keadaan.
Demonstrasi dan teknik rawatan yang dijalankan kurang dari 30 minit menghilangkan masalah ini. Ujian gambaran yang dijalankan menunjukkan kesan negatif fobia/trauma hilang selepas rawatan. Besoknya beliau teklah dihadiahkan dengan sepasang "hamster" (keluarga tikus) dan beliau menjadikan haiwan ini sebagai haiwan peliharaan.
|
|
Apa Kata Peserta?
|