Program Akan Datang
|
|
Neuro-Linguistic Programming (NLP) adalah kajian sistematik mengenai model perlakuan individu cemerlang. Pencontohan (modeling) corak-corak merangkumi 3 aspek utama setiap insan iaitu bagaimana dia berfikir dengan menggunakan otak yang berkait rapat dengan saraf (Neuro), perhubungan menggunakan bahasa (Linguistic) dan susunan strategi ke arah tindakan (Programming) dalam mendapatkan sesuatu hasil yang diingini.
Pakar-pakar dan pemaju NLP mentakrifkan NLP mengikut pandangan perspektif mereka masing-masing:
- “NLP adalah strategi pembelajaran pantas (accelerated learning strategy) untuk menjejaki dan menggunakan corak-corak didalam dunia” .......... John Grinder.
- “NLP adalah apa juga yang dapat menjayakan sesuatu” .... Robert Dilts
- “NLP adalah satu sikap dan kaedah yang meninggalkan jejak di belakangnya” .......... Richard Bandler.
NLP memulakan sejarahnya di Universiti California Santa Cruz oleh Richard Bandler seorang pelajar sarjana dalam matematik / komputer dan psikologi dan Dr. John Grinder seorang pensyarah bahasa di universiti tersebut. Pada awalnya mereka melakukan tiga pencontohan ke atas individu yang cemerlang dalam bidang masing-masing iaitu Milton Erickson (seorang pengamal perubatan dan pakar hipnosis), Virginia Satir (pakar terapi keluarga), dan Fritz Pearls (pakar psikologi gestalt).
Pendekatan mereka adalah pragmatik dan berorientasikan hasil dari berteori sahaja. Richard Bandler menyifatkan NLP sebagai satu proses untuk membantu manusia menggunakan otak mereka dengan lebih berkesan – iaitu menjalankan otak mereka dari membiarkan otak menjalankan mereka.
Hari ini teknologi yang amat terkini ini telah membantu jutaan manusia diseluruh dunia dalam kehidupan dan apa jua yang mereka lakukan termasuklah kerjaya, hubungan komunikasi, keluarga, kerjaya, pendidikan, pemasaran dan jualan, kaunseling dan terapi, latihan dan pembangunan insan.
Anthony Robbins menggunakan NLP dalam kerjayanya dari “jualan ‘zero’ hingga menjadi pakar motivasi terbaik dunia. Malahan Tony Robbins menggunakan NLP untuk meningkatkan prestasi permainan tenis Andre Agasi untuk bangkit semua menjuarai kejuaraan dunia selepas prestasinya menurun beberapa waktu.
|
|
Apa Kata Peserta?
|