Hari ini keperluan modal insan menjadi faktor strategik dalam persaingan global dan pembangunan negara. Modal insan yang berteraskan keseimbangan dalam teknorat dan jatidiri mantap menjadi teras utama. Jatidiri yang mantap berasaskan inteligensia emosi dan rohani (emotional and spiritual intelligence) menjadi lebih penting dan utama dari IQ yang menjadi ukuran masa lalu.
Oleh kerana setiap individu berpaksikan kepada pusingan bulatan “minda-tubuh-emosi” (mind-body-emosi) untuk beroperasi pada tahap yang optima dan berpotensi tinggi, maka penyelarasan dan penyepaduan komponen tersebut menjadi semakin mustahak.
Menyedari hakikat ini Akademi NLP Malaysia Sdn. Bhd menawarkan program-program yang mengarahkan kepada pembinaan dan perkembangan potensi diri yang menepati kehendak semasa. Metodologi dan pendekatan yang dibawa oleh Akademi NLP Malaysia adalah berasaskan teknologi (NLP) dan kemahiran yang telah terbukti. Ianya membolehkan perubahan dibuat pada peringkat yang lebih mendalam secara “unconscious” menjadikan penerapannya lebih kekal dan lama.
Akademi NLP Malaysia dianggotai oleh pakar-pakar dan konsultan yang merupakan pengamal dalam bidang “human performance”. Mereka bukan sahaja mempunyai keilmuan yang tinggi malah memiliki pengalaman luas dan mendalam. “They are the real practitioners of their specialized field”. Bidang latihan merupakan satu kelangsungan yang semulajadi dalam kitaran hayat mereka.
Setiap program yang dikemukakan oleh Akademi NLP Malaysia merupakan olahan kepada keperluan modal insan berdasarkan kepada penelitian dan maklum balas yang diperolehi dari pelbagai sektor.
Meneraju dan menggembangkan penggunaan NLP (Neuro-Linguistic Programming) di Malaysia untuk meningkatkan keupayaan potensi insan dalam dalam membina kehidupan yang bahagia dan sejahtera.
Menyampaikan program berkaitan NLP yang terkini dan berkualiti tinggi untuk masyarakat malaysia melalui warga ANLPM yang berkepakaran tinggi dan koloborasi dengan individu dan institusi NLP diperingkat antarabangsa.
Maklumat Trainer | |