Neuro-Linguistic Programming (NLP)

 

Neuro-Linguistic Programming (NLP) adalah satu teknologi kejayaan diri yang mengagumkan. Pendekatan secara total merangkumi kaedah sains dan seni yang telah terbukti keberkesanannya sejak mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1970'an. Ada yang menyifatkannya sebagai alat minda yang paling hebat di planet ini.

 

Akademi NLP Malaysia™ (ANM) adalah peneraju utama dalam mempromosikan penggunaan NLP kepada masyarakat Malaysia. ANM akan berusaha untuk menganjur dan mengendali program-program berasaskan NLP yang dapat memanfaatkan individu dan organisasi.

 

Selamat Mengembara ke Dimensi Minda.

 

Apakah yang membezakan NLP kami di ANM dengan lain-lain program NLP di Malaysia. Perbezaan utama ialah kami amat komited dan serius kepada program NLP. Kebanyakan penganjur atau fasilitator NLP setakat mengendalikan kursus mereka, dan tamat disitu. Selepas itu terpulanglah kepada peserta mereka untuk melakukan apa yang perlu.

 

Tidak bagi kami di ANM. Sesuai dengan tema dan roh NLP iaitu kecemerlangan melalui pembelajaran dan rasa ingin tahu yang berterusan, kami memberikan khidmat sokongan dan pembelajaran yang berterusan kepada mereka yang benar-benar berminat dan mendalami NLP.

 

Untuk itu kami mengendalikan program sokongan dan ‘follow-up’ secara berkala. Kami lakukan ini kerana kami amat memahami bahawa dalam masa 6 hari yang padat, pastinya kefahaman dan pencapaian isi kandungan mungkin agak mencabar dan terhad. Ini mungkin diakibatkan oleh kekangan masa dan ‘tekanan’ yang berlaku sepanjang kursus.

 

NLP adalah mengenai kecemerlangan manusia iaitu bagaimana kita dapat menggunakan sumber utama setiap insan iaitu mindanya. Fasilitator kami, Tuan Hj Md Taib Mat amat komited untuk mengembangkan NLP kepada masyarakat Malaysia. Beliau telah menjelajah merata pelosok dunia untuk mengetahui dan memahaminya dari guru-guru dan pembangun NLP tersohor dunia. Kami percaya pengalaman anda bersamanya meneroka NLP adalah sesuatu yang amat bermanfaat dan pelaburan terbaik yang anda pernah lakukan untuk diri anda.