Program yang dicadangkan selama 4 hari 3 ini ialah satu program yang mantap dalam mengenalkan kaedah NLP dan Coaching yang boleh digunakan dalam kepimpinan diri atau ’leadership self-mastery’. Tujuan utamanya ialah untuk memberikan sebanyak mungkin alat kemahiran asas (basic skill tools) yang boleh digunakan terus selepas program.
4 hari dicadangkan kerana ianya adalah satu jangkamasa yang optima dalam mendapatkan tahap penglibatan dan ’self-immersion’ yang baik serta memberi ruang masa untuk pencerapan serta ’self-integration’ yang agak ideal.
Objectif Program
a) Membolehkan setiap peserta menilai nilai dan kepercayaan diri yang positif melalui proses refleksi diri dengan menggunakan model ‘neurological level’.
b) Melakukan perubahan perilaku yang selaras dengan kepimpinan diri atau ‘self-leadership mastery’ yang diingini selaras dengan keperluan tempat kerjaya.
c) Menyedari keupyaan diri mengenai zon kuasa diri mereka melalu dua kuasa dalaman dan dua kuasa luaran.
d) Memahami kaedah pembentukan persespsi dan realiti minda supaya membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih berkesan.
e) Dapat mengendalikan keadaan diri dengan daya tenaga yang lebih kuat dan berdaya sumber yang dapat dijana dengan mudah.
f) Mengetahui kaedah coaching untuk 'empower' diri sendiri dan individu lain dan individu lain untuk mencapai misi dan matlamat.
g) Memahami sistem pembentukan dan pencerapan ‘peta minda’ individu dalam urusan harian bagi meningkatkan kefahaman dalam interaksi.
h) Membolehkan peserta dapat menggunakan ayat-ayat dan perkataan ‘power’ dalam komuikasi mereka untuk lebih berkesan.
i) Boleh merangka dan mencerna soalan-soalan ‘power’ yang dapat melepasi halangan dalam komunikasi