Ini adalah kursus pensijilan pengamalan asas NLP secara intensif selama 10 jam sehari. Peserta dikehendaki memahami teori dan melakukan corak secara praktikal yang akan dinilai untuk memastikan mereka benar-benar mempunyai kompetensi sebagai seorang pengamal NLP.
Untuk memastikan peserta dapat menerapkan pengamalan NLP mereka beberapa ujian dan peperiksaan bertulis serta ujian amali akan diberikan.
Kursus ini disampaikan dalam beberapa cara iaitu teori dalam kelas, latihan dalam kumpulan, ujian teori secara individu, ujian amali individu.
Kandungan Kursus:
- Apa itu NLP, konsep, definisi, sejarah dan perkembangan.
- Teori-teori mengenai tonggak, andaian NLP, model komuniasi NLP: wayang minda, keadaan emosi dan fisiologi.
- Sistem Kederiaan dan VAK, Kue Akses Mata
- Model Meta: Pemotongan, Pengherotan, Genralisasi.
- Program Meta, Modaliti dan Submodaliti, Sistem Reresentasi, Stimulus, Persepsi dan kelakuan.
- Corak-corak utama: Bulatan Kecemerlangan, Visual Squash, Swish, Rawatan Fobia Pantas, ‘6-Step Reframing’, Penghargaan Diri, Chokelat Godiva, dll.
- Teknik Menyauh dan Teori Mengkondisi Klasik Pavlov“ serta jenisjenis sauh:
- Model Milton dan Bahasa kabur. Metafora dan Analogi.
- Kaitan Langsung dan Tidak Langsung,
- Hasil Matlamat Sempurna (WFO); Garis Masa, SSE.
- Pengumpulan maklumat, Induksi, Hipnosis, Menamatkan hipnosis. Masa Atas dan masa Bawah, Gelombang Otak.
- Angka Magik 7 dan kaedah pecah bahagi (chunking)
- Dll
siapa yang patut hadir:
Pemimpin, Pengarah, Pengurus, Eksekutif, Usahawan, Pensyarah, Guru, Kaunselor, Trainer, Ahli Politik, Peguam, Pendakwah Agama, Pelajar.
Sesiapa sahaja yang ingin mencapai matlamat, berkomunikasi degan lebih baik, menyelesai masalah dan mengatasi cabaran.
Fasilitator / Trainer:
Master Trainer Hj Md. Taib Mat
Master Trainer Suzana Jaffar